>

Thursday 8 January 2015

Terapi Kanak-Kanak Hyperaktif ?



hyperaktif
Sumber Google


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hyperaktif ? Hyperaktif ini biasanya berlaku pada kanak-kanak yang sedang membesar dan akan beransur hilang seiring dengan peningkatan usia mereka.

Kanak-kanak hyperaktif ini biasanya suka melompat, suka sepahkan dan melawan, hilang fokus, keras kepala dan sering cakap sendirian. Sekiranya anak-anak anda mempunyai simtom ini rujuklah segera permasalahan ini kepada pakar.

Harini saya nak kongsikan apa yang saya peroleh daripada pembacaan saya mengenai "Terapi Anak Hyperaktif" daripada Majalah Keluarga Harmoni (Bil:235) :D

Terapi Anak Hyperaktif

Sekiranya anak anda menghadapi simtop ADHD atau Hyperaktif ini janganlah anda bekecil hati kerana Hyperaktif ini bukan seperti penyakit serius-serius yang lain. 

Jika kena gaya serta mempraktikkan teknik-teknik yang disarankan pakar, tidak mustahil anak anda akan kembali normal semula.

Mengikut laporan potral www.parenting.com, perilaku luar kawal kanak-kanak ADHD mungkin dapat dikurangkan jika mereka didedahkan dengan aktiviti luar. Kini ramai ibu bapa mengakui keberkesanan terhadap anak mereka setelah menggunakan kaedah ini.

Antara aktiviti Luar yang dimaksudkan yang berkemungkinan boleh membantu anak-anak kembali pulih seperti sedia kala adalah :

  • Terapi Sukan
Kanak-kanak yang menghidapi simtom ADHD selalunya kurang menggemari aktiviti luar rumah. Oleh itu, ibu bapa perlu pandai berperanan demi kebaikan anak-anak anda seperti menggunakan teknik "pemujukan". Untuk permulaan anda boleh dedahkan kepada mereka aktiviti yang meningkatkan stamina seperti berbasikal, bola sepak olahraga dan sebagainya.

  • Terapi Muzik 
Berdasarkan fakta, muzik merupakan satu terapi yang boleh menenangkan jiwa setiap individu yang mendengarnya. Hal ini turut dirasai oleh kanak-kanak ADHD. Oleh itu, dedahkanlah anak-anak anda dengan kemahiran untuk bermain bermain alat muzik. Ini kerana, aktiviti seumpama ini membantu perkembangan otak kanak dan kiri mereka sepaya lebih efektif, daya tumpuan yang tinggi dan mempunyai daya ingatan yang kuat. 
Bagi yang beragama islam anda digalakkan selalu mendengarkan ayat-ayat al-quran kepada anak-anak anda dan ajar mereka menghafal surah-surah pendek sebagai permulaan. Hal ini juga boleh membantu kanak-kanak ini.

  • Terapi Drama
Terapi drama ini salah satu terapi yang bagus untuk membina sahsiah diri anak-anak yang mengalami simtom ADHD. Mengapa terapi ini dikatakan bagus? Banyak kebaikan yang akan dapat diperoleh oleh mereka seperti menjadi orang yang berdisiplin, positif, yakin, daya ingatan dan semangat kejjasama serta banyak lagi.

  • Terapi Debat
Debat juga dikatakan seperti terapi drama yang boleh membantu mengasah kemahiran berfikir dan berkomunikasi dengan lebih baik. Penglibatan mereka dalam aktiviti ini juga dapat membentuk semangat keberanian untuk tampil lebih ke hadapan dan membina keyakinan diri.
Sumber Rujukan: Majalah Harmoni (Bil 235) 15 sep '14 m/s71.


Anda Mungkin Meminati:



eh..nanti dulu..sempena bulan Januari 2015 ini Shaklee telah membuat promosi keatas produk Alfafa, Vivix dan Vita-Lea untuk kanak-kanak.


untuk keterangan lanjut jom klik link:
Inginkan penjimatan lebih 5% pembelian produk shaklee dengan menjadi ahli Shaklee?? Untuk maklumat lanjut klik link dibawah ini.



# produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.


#untuk sebarang pertanyaan @ maklumat lanjut sila hubungi :-


Anis Nasuha
SID : 1154703
Whatsapp/sms : 019-5690905
Fb/pinterest/intagram/tweeter : Anma’s Healthcare
email : anmashealthcare@google.com




=========================================================================
"INGIN MENDAPAT 2-3-4-5 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE. HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FB DAN TELEGRAM"
=========================================================================

nRelate Posts Only