>

Monday 10 November 2014

Kenapa Kanak-Kanak Suka Melompat-Lompat ?



Assalamualaikum dan Salam Salam Sejahtera.

Hari ni saya nak kongsikan fakta tentang kanak-kanak yang mungkin ramai tak tahu. Tahukah anda sebenarnya ramai yang menganggap kanak-kanak suka buat bising dan tak boleh duduk diam.. tetapi sebenarnya..ada sebab kenapa mereka berkelakuan begitu.

Kenali Tingkahlaku Anak Berumur 2 - 4 Tahun 

 

 Perkembangan Fizikal 

Sangat aktif, suka berlari dan melompat. Mereka sukar untuk duduk diam dalam jangka masa yang lama disebabkan mereka belum dapat mengawal otot-otot badan.

Solusinya: Ibu bapa perlu selalu membawa mereka ke taman permainan untuk melatih fizikal mereka dan pastikan mereka dibawah pengawasan anda.
 


Perkembangan Mental 

Mempunyai daya konsentrasi sangat rendah dan mudah merasa jemu tetapi mempunyai rasa ingin tahu yang tinggi. Vocab mereka juga masih terbatas tetapi mempunyai pemikiran dan imaginasi yang cepat berkembang.

Solusinya : Ibu bapa perlu menjadi pendengar yang terbaik dan setia pada setiap bebelan mereka. Tingkatkanlah penggunaan pancaindera mereka setiap hari supaya setiap deria terangsang dengan seimbang. Berikan mereka permainan yang melatih kreativiti mereka seperti menyusun blog ataupun puzzle. 



Perkembangan Emosi  

Menyukai suasana yang sudah dikenali dan takut jika dalam suasana asing. 

Solusiya : bawalah mereka sekerap mungkin bergaul dengan orang sekeliling supaya lama kelamaan rasa takut itu akan hilang.


Perkembangan sosial

Mempunyai sifat berdikari dan ingin berkawan yang tinggi. Sifat ego mula wujud dalam diri mereka yang banyak "menentang" dalam setiap arahan ibu bapa dan seringkali mengatakan "tidak". Sikap mereka ketika ini merupakan satu tindak balas bagi mereka mengetahui perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan.

Solusinya: Ibu bapa perlu mengingatkan mereka berulangkali dan menegur mereka dengan penuh kasih sayang. Pelukan dan hubungan baik melalui rakan sosial mampu melembutkan sifat egoistik mereka.  


Setelah kita mengetahui fakta mengenai kanak-kanak ini railah mereka dengan sebaiknya :D 

Sumber






Inginkan penjimatan lebih 5% pembelian produk shaklee dengan menjadi ahli Shaklee?? Untuk maklumat lanjut klik link dibawah ini.


# produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
#untuk sebarang pertanyaan @ maklumat lanjut sila hubungi :-
Anis Nasuha
SID : 1154703
Whatsapp/sms : 019-5690905
Fb/pinterest/intagram/tweeter : Anma’s Healthcare
email : anmashealthcare@google.com


Pengedar COD sekitar Alor Setar
==========================================================================
"INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE. HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FB DAN TELEGRAM"
========================================================================== 

nRelate Posts Only