>

Friday 24 October 2014

Pengalaman Mengisi Kajian Pengesahan Graduan 2013

kementerian pendidikan malaysia



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Hari ni saya nak kongsi sedikit mengenai laman web " Kajian Pengesahan Graduan 2013". 

Kajian ini perlu diisi oleh semua graduan yang baru sahaja tamat pengajian untuk tahun 2013. Kajian ini dilaksanakan oleh pihak Kementeian Pendidikan Malaysia.

Jom baca lebih lanjut mengenai Kajian Pengesahan Graduan ini.

Apakah tujuan kajian ini dilakukan?

Kajian ini bertujuan mendapatkan pandangan dan pengalaman anda terhadap beberapa aspek berkaitan program pengajian, kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan semasa anda mengikuti pengajian. 

Institusi pengajian anda juga ingin tahu bagaimana anda memasuki dan menghadapi cabaran alam pekerjaan. Maklum balas anda sangat penting bagi membawa perubahan yang membina kepada institusi anda dan juga kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia bagi meningkatkan lagi kualiti dan taraf pendidikan tinggi Negara. 

Ini juga merupakan salah satu cara anda untuk menyumbang kembali kepada institusi anda dan kepada bakal pelajar yang akan mengikuti pelbagai program pengajian di IPT.

Siapa yang terlibat dalam kajian ini?
Semua graduan Institusi Pengajian Tinggi yang akan berkonvo pada tahun 2013. 

Berapa lamakah masa yang diperlukan bagi menjawab soalan kajian? 
Melalui maklum balas sebelum ini, ia akan mengambil masa selama 20-30 minit, satu masa yang singkat berbanding masa anda berada di insitusi anda

Apakah faedah saya menyertai kajian ini ?

Apakah yang patut saya lakukan sekiranya ada soalan yang tidak begitu relevan dengan saya?
Di dalam kajian tinjauan seperti ini, agak sukar bagi mendapat semua soalan relevan dengan semua kumpulan. Bagaimanapun, diharap anda akan cuba menginterpretasikan setiap soalan sehampir mungkin dengan situasi anda. 

Adakah saya akan mengetahui keputusan kajian ini? 
Ya, penemuan-penemuan penting hasil kajian ini telah diterbitkan dalam bentuk buku yang boleh diperolehi di Kementerian Pendidikan Malaysia. Anda juga boleh melihat sebahagian daripada laporan melalui portal kerjaya. 

Apakah lagi faedah yang akan saya perolehi? 
Portal kajian ini membantu anda dengan maklumat mengenai peluang kerjaya, mencari pekerjaan, bagaimana untuk mencari pekerjaan, peluang melanjutkan pelajaran dan sebagainya. Anda boleh melihat jawatan yang sedang diiklankan oleh pelbagai majikan. Di samping itu anda boleh mendaftar bagi memudahkan kami memindahkan maklumat asas yang diperlukan untuk membuat suai padan pekerjaan yang ingin dipohon.

Adakah maklum balas saya sulit? 

Ya. Maklum balas anda akan dipelihara sebagai sulit. Respons anda akan digunakan sebagai rumusan dalam laporan kajian.



kajian pengesahan graduan 2013


Kajian ini juga menghubungkan maklumat graduan (bagi yang bersetuju ) kepada pihak "jobsmalaysia.gov.my" bagi memudahkan graduan memerima maklumat mengenai kekosongan kerja. 

Jadi mana-mana graduan 2013 yang belum mengisi kajian ini jom ke laman web "Kajian Pengesahan Graduan 2013" 




"INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE. HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FB DAN TELEGRAM"


Untuk maklumat lanjut klik link dibawah ini.
Ingin tahu bagaimana CARA NAK JADI AHLI
Ingin tahu KELEBIHAN SHAKLEE

# produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
#untuk sebarang pertanyaan @ maklumat lanjut sila hubungi :-
Anis Nasuha
SID : 1154703
Whatsapp/sms : 019-5690905
Fb/pinterest/intagram/tweeter : Anma’s Healthcare
email : anmashealthcare@google.com

COD Sekitar Alor Setar

nRelate Posts Only