>

Wednesday 29 October 2014

Kalsium Penting ??

kalsium penting
Sumber Kalsium

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hari ni saya nak kongsikan mengenai "kalsium" iaitu salah satu nutrin penting yang sangat diperlukan oleh badan untuk menjamin kesihatan yang baik. Eh, penting sangat ka kalsium ini? Ingin tahu jom baca sampai habis entry ini. :D

 Apakah Kalsium? 

Kalsium adalah satu unsur penting dalam tubuh badan. Ia penting untuk aktiviti penguncupan otot, pembentukan tulang dan gigi yang kuat, pembekuan darah, penghantaran impulse saraf, pengawalaturan degupan jantung dan keseimbangan bendalir dalam badan.  

 

Keperluan kalsium 

Kalsium adalah mineral yang paling banyak diperlukan oleh tubuh badan. Keperluan harian kalsium adalah 800 mg untuk dewasa bagi 25 tahun ke atas dan 1.000 mg setelah usia 50 tahun. Ibu hamil dan menyusui perlu mengambil 1.200 mg kalsium per hari.

Keperluan kalsium anak-anak dan remaja meningkat sesuai usia:

  • Bayi berumur 0-5 bulan : 400 mg
  • Bayi 6 -1 tahun : 600 mg
  • Anak usia 1-10 tahun : 800 mg 
  • Remaja usia 11-24 tahun: 1.200 mg

Kira-kira 99% kalsium berada pada tisu tulang dan gigi, selebihnya berada di darah dan sel-sel tubuh.
 

Manfaat utama kalsium pada tubuh badan

 Antara manfaat utama kalsium adalah :

  • Pembentukan dan pemeliharaan tulang dan gigi. Kanak-kanak memerlukan kalsium untuk pertumbuhan tulang dan gigi mereka. Kekurangan kalsium dapat mengakibatkan pertumbuhan tulang anak tidak sempurna dan menderita penyakit rickets. Orang dewasa memerlukan kalsium untuk tmengekalkan meremajakan sistem tulang dan giginya. Mineral di tulang dan gigi kita digantikan 100% setiap tujuh tahun sekali.

  • Mencegah osteoporosis. Bila tidak mendapat cukup kalsium dari makanan, tubuh akan mengambilnya dari “bank kalsium” pada tangan, kaki dan tulang panjang lainnya. Kekurangan pengambilan kalsium dalam tempoh yang lama akan mengakibatkan tubuh kita terus mengambil dari tulang-tulang padat. Hal ini mengakibatkan kereputan tulang dan mudah patah (osteoporosis). Bila seorang wanita dari umur 20 tahun setiap hari mengambil kalsium 400 mg lebih rendah daripada yang dibutuhkan, pada umur 55 tahun tulangnya reput 1/3 bagiannya.

  • Penyimpanan glikogen. Kalsium berperan dalam proses penyimpanan glikogen. Bila tidak ada kalsium, tubuh akan merasa lapar terus-menerus karena tidak dapat menyimpan glikogen.

  • Melancarkan fungsi otot, otak dan sistem saraf. Otot, otak dan sistem saraf memerlukaan kalsium agar dapat berfungsi secara optimum. Kekurangan kalsium akan menyebabkan spasme (kejang) otot dan gangguan fungsi otak dan sistem saraf.


Tahukah Anda? 

Badan tidak dapat menyerap kalsium bila tidak mempunyai cukup magnesium dan fosforus. Magnesium dan fosforus mengubah bentuk kalsium sehingga dapat diserap tubuh. Kalsium dan magnesium diedarkan oleh tubuh melalui albumin dalam darah. Terlalu banyak kalsium akan membuat magnesium terdesak dari albumin sehingga tidak disalurkan melalui darah dan tubuh akan kekurangan magnesium. Bila tidak cukup mendapat magnesium, ginjal tidak dapat memproses kalsium sehingga boleh terjadi endapan batu buah pinggang. Selain fosforus dan magnesium, vitamin D, zink dan zat besi juga diperlukan dalam pemprosesan kalsium dan sangat penting peranannya oleh kalsium yang berlebihan. Pengambilan kalsium, magnesium, fosforus, vitamin D, zink dan zat besi harus berimbang agar tubuh tetap sihat. 
 sumber

Kekurangan dan mengambil kalsium secara berlebihan juga boleh membawa kepada penyakit lain. Oleh itu anda dinasihatkan mengambil kalsium dengan kadar yang secukupnya.

Anda ingin dapatkan kalsium yang mudah diserap oleh badan atau anda seorang yang tak suka susu tetapi ingin mengambil kalsium untuk kesihatan yang lebih sempurna jom baca Ostematrik Shaklee.


"INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE. HUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FB DAN TELEGRAM"


Untuk maklumat lanjut klik link dibawah ini.
Ingin tahu bagaimana cara nak jadi ahli shaklee?? klik CARA NAK JADI AHLI
Ingin tahu kelebihan jadi ahli?? klik KELEBIHAN JADI AHLI 
Ingin tahu kelebihan shaklee?? klik KELEBIHAN SHAKLEE

# produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
#untuk sebarang pertanyaan @ maklumat lanjut sila hubungi :-
Anis Nasuha
SID : 1154703
Whatsapp/sms : 019-5690905
Fb/pinterest/intagram/tweeter : Anma’s Healthcare
email : anmashealthcare@google.com

Pengedar COD sekitar Alor Setar

nRelate Posts Only