>

Friday 27 June 2014

Ku Mengharap Tetamu Hati

Ramadhan



Ramadhan


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha penyayang....


Tajuk Puisi : Ku Mengharap Tetamu Hati

Tatkala kehadirannya bakal menjelang
Ku fikirkan adakah umur masih panjang
untuk bertemu tetamu yang sentiasa di undang
bila sampai detik yang di rancang


Ku bersyukur dengan Kuasa Ilahi
kerana Ku masih di sini
menjadi penyambut tetamu yang terlalu istimewa buat hati
untuk mendapat Rahmat Penghulu duniawi dan Ukhrawi

Saat melalui hari-hari bersama tetamu istimewa
Hati senantiasa dijaga supaya berwaspada
dari terleka dibawa arus keseronokan dunia
mengharungi tingkat-tingkat ketetapanNya

Ku menjamu tetamu itu dengan Tadarus
Menghamparkan permaidani sutera tika malam bertahajud
menyiramnya dengan air mata keinsafan
mengharap supaya ia pulang dengan membawa permata

Ku singkap kenangan bersama tetamu hati
Dengan lajunya air mata mengalir tanpa henti
Bilakah lagi dapat bertemu tetamu istimewa hati
Moga Allah memberkati

1:54 p.m
27 Julai 2013 = 18 Ramadhan 1434

nRelate Posts Only